← Kembali ke laman utama
Dasar Privasi / Privacy Policy
Kemaskini terakhir: 1 Mei 2026
1. Pengenalan
SMIS Helper ("Extension") ialah Chrome Extension yang membantu guru mendaftarkan peserta sukan ke dalam sistem SMIS (smis.events). Dasar privasi ini menerangkan bagaimana Extension mengendalikan data anda.
2. Data Yang Dikumpul
Extension mengumpul dan memproses data berikut:
- Data peserta dari Excel: Nama, No. KP, jantina, tahun, kaum, acara, dan maklumat lain yang diisi oleh guru dalam template Excel. Data ini diproses secara tempatan dalam pelayar dan dihantar terus ke smis.events.
- Maklumat sekolah: Kod sekolah, nama, alamat. Diambil dari API smis.events.
- Kunci lesen: Kunci lesen Pro dan ID peranti (dijana secara rawak). Disimpan di pelayan kami untuk pengesahan lesen.
- Tetapan Extension: Pilihan Negeri/PPD, status data. Disimpan dalam chrome.storage.local pada peranti anda.
3. Data Yang TIDAK Dikumpul
- Kami tidak mengumpul data peribadi guru (nama, emel, telefon) kecuali jika guru secara sukarela menghubungi kami.
- Kami tidak menyimpan data peserta (nama, IC, gambar, dokumen) di mana-mana pelayan selain smis.events.
- Kami tidak menggunakan cookies penjejak, analitik, atau perkhidmatan pihak ketiga.
- Kami tidak menjual atau berkongsi sebarang data dengan pihak ketiga.
4. Ke Mana Data Dihantar
- smis.events — Data peserta dihantar ke SMIS melalui API rasmi mereka. Extension bertindak sebagai perantara antara guru dan SMIS.
- davinhub-api.davin-making.workers.dev — Hanya untuk pengesahan kunci lesen (kunci + ID peranti) dan pemprosesan pembayaran. Tiada data peserta dihantar ke pelayan ini.
5. Penyimpanan Data
- Data peserta disimpan sementara dalam chrome.storage.local (peranti guru) selama 2 jam, kemudian dikosongkan secara automatik.
- Kunci lesen disimpan dalam chrome.storage.local sehingga guru memadam Extension.
- Sedia Dokumen (v2.1): Halaman penuh untuk sediakan gambar dan dokumen pukal menggunakan IndexedDB pelayar untuk simpan sesi (gambar, PDF, tetapan palang) supaya guru boleh sambung kerja selepas tutup tab. Data ini kekal sepenuhnya pada peranti guru, tidak dihantar ke mana-mana pelayan. Sesi yang tidak diakses selama 7 hari akan dipadam automatik.
- Di pelayan lesen, kami menyimpan: kunci lesen, ID peranti, tarikh pengaktifan. Tiada data peribadi disimpan.
6. Kebenaran Extension
Extension memerlukan kebenaran berikut:
- activeTab, scripting: Untuk mengesan dan berinteraksi dengan halaman smis.events bagi membaca data peserta dan menghantar borang.
- storage: Untuk menyimpan tetapan pengguna, data sementara peserta (2 jam TTL), dan status lesen.
- tabs: Untuk mencari tab SMIS yang aktif, mengesan nama kejohanan, dan memuat semula halaman selepas operasi selesai.
- debugger: Untuk menjana PDF borang M01/R01 melalui Page.printToPDF. Hanya digunakan pada tab tersembunyi yang dicipta oleh Extension, bukan tab pengguna.
- downloads: Untuk memuat turun fail PDF (M01/R01) dan fail HTML ke folder Muat Turun pengguna.
- host_permissions (smis.events): Untuk mengakses halaman dan API SMIS. Juga mengakses pelayan lesen (Supabase) untuk pengesahan kunci sahaja.
7. Keselamatan
Semua komunikasi dengan smis.events dan pelayan lesen menggunakan HTTPS. Tiada data disimpan dalam bentuk teks biasa di pelayan kami.
8. Hak Pengguna
Anda boleh pada bila-bila masa:
- Memadam Extension dan semua data tempatan akan dikosongkan.
- Menghubungi kami untuk memadam rekod lesen anda.
9. Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan mengenai dasar privasi ini:
Cikgu Davin
Emel: hi@davinhub.com
Web: davinhub.com
10. Perubahan Dasar
Dasar privasi ini mungkin dikemaskini dari semasa ke semasa. Perubahan akan diumumkan melalui kemaskini Extension.